Melihat gambar-gambar dan filem-filem lama tentang remaja, saya dapati bahawa remaja masa lalu lebih 'dekat' dengan 'kehidupan desa' yang indah dan damai. Malam hari raya aidil fitri disambut bersama datuk dan nenek dengan meriah.
Kata ayah saya, di zamannya, malam menyambut hari raya adalah malam paling menyeronokkan. Selain bermain bunga api dan mercun, mereka menghias halaman rumah dengan lampu-lampu minyak tanah yang diperbuat daripada buluh dan tanglung yang berwarna warni buatan sendiri.
Pada malam hari raya pertama, selepas Isya', remaja akan bertandang ke mana-mana rumah sahabat di kampung secara berkumpulan. Seronoh. Gembira. Amalan ini menjadi budaya hidup remaja ketika itu.
Ah, rasanya memang seronok! Tambahan lagi saya tidak pernah merasai situasi sebegitu.
Hati remaja ini, kadang-kadang cemburu juga dengan 'kebahagiaan' yang dimiliki oleh remaja masa lalu.
No comments:
Post a Comment